Sebagai penghormatan kepada Hari Wanita Antarabangsa 2024, Sun Life Malaysia telah bekerjasama dengan Tatler Malaysia di majlis Front and Female Awards 2024 yang memberi penghormatan kepada tokoh dan pemimpin wanita Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, daripada pejuang hak asasi wanita kepada pemimpin penjagaan kesihatan, yang menerajui pembangunan wanita dan gadis remaja di Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memperkasakan wanita, kami telah menaja ‘Financial Empowerment Award’ untuk individu yang giat menyokong usaha memperkasakan kewangan wanita.
Tahniah kepada Nuraizah Shamsul Baharin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MADCash, atas kejayaan menerima Financial Empowerment Award daripada Sun Life Malaysia. Nuraizah adalah pengasas MADCash, sebuah syarikat teknologi kewangan yang bertujuan menyokong usahawan wanita yang menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan.
Menerusi program inovatif MADCash, seperti Program Aspirasi Wanita, yang disediakan di 12 negeri di Malaysia, Nuraizah dan pasukannya memperkasakan pemilik perniagaan wanita dengan modal, kebijaksanaan perniagaan dan ilmu kewangan untuk mengembangkan dan memajukan perniagaan masing-masing.
Di Sun Life Malaysia, kami yakin terhadap kuasa transformasi yang tercetus menerusi pemerkasaan kewangan. Berkat sokongan terhadap inisiatif seperti Front and Female Awards dan meraikan pemimpin seperti Nuraizah, kami mengambil langkah-langkah yang bermakna bertujuan menyuntik semangat usahawan untuk terus memperkasakan kewangan golongan hawa.