Kami sukacita untuk mengumumkan bahawa Sun Life Malaysia telah memenangi anugerah Gangsa di Putra Aria Brand Awards 2023. Pengiktirafan tersebut yang dimenangi dalam kategori ‘Perbankan, Pelaburan, dan Insurans’ membuktikan komitmen kami yang tidak berbelah bagi terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam industri.
Pengiktirafan ini bukan sahaja membuktikan dedikasi kami terhadap usaha membina jenama yang lebih unggul, tetapi juga meraikan ulang tahun kami ‘10 Years Brighter’ pada 2023. Anugerah ini sekali gus mencerminkan kesungguhan dan kegigihan kakitangan kami, dan juga kepercayaan dan sokongan para Pelanggan yang dihargai, yang telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa ini.
Anugerah berprestij ini sering dianggap sebagai ‘Anugerah Pilihan Rakyat’, dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah (4A), untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada syarikat-syarikat pembina jenama terbaik di Malaysia.
Kemenangan ini bukan sahaja membanggakan, tetapi juga mendorong kami untuk terus mengejar kecemerlangan lantas mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman lebih bermanfaat dan menjalin hubungan yang lebih mendalam dengan Pelanggan kami yang dihargai. Sambil melangkah maju, kami meneruskan misi memperkasakan individu dan masyarakat untuk mendapatkan perlindungan kewangan sepanjang hayat dan menikmati kehidupan lebih sihat.