Anugerah-anugerah ini sesungguhnya mencerminkan misi kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk mencapai jaminan kewangan sepanjang hayat dan menikmati kehidupan yang lebih sihat. Usaha in memperlihatkan tumpuan kami untuk membina sebuah komuniti lestari, terutamanya menerusi usaha mengurangkan risiko menghidap penyakit diabetes dan memperkasakan golongan belia.
Sekalung penghargaan kepada para Pelanggan, penasihat dan kakitangan kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda. Pencapaian ini adalah milik kita untuk diraikan bersama!