Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan telah menarik perhatian beribu pengunjung di setiap lokasi. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai ganjaran eksklusif seperti baucar beli-belah dan cenderahati istimewa daripada Sun Life, dan berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma dan penilaian kesihatan mata yang disediakan oleh rakan-rakan jenama kami.
Permainan papan Insurelit bersaiz gergasi kami merupakan fokus utama di roadshow kami serta menjadikan aktiviti menimba ilmu tentang insurans dan takaful lebih mudah dan menarik. Pakar kewangan kami juga turut berada di lokasi untuk memberi khidmat rundingan perlindungan kewangan yang sesuai mengikut keperluan peribadi.
Terima kasih kepada semua yang mengunjungi kami di roadshow ini dan kami berharap untuk membawakan lebih banyak peluang untuk anda meningkatkan ilmu kewangan dan juga aktiviti yang menyeronokkan pada masa hadapan!