header

Memahami Perlindungan Takaful Menerusi Iklan Didik BFM 89.9

Untuk membantu menambah minat dan kefahaman orang ramai tentang nilai-nilai perlindungan takaful, Sun Life Malaysia telah bekerjasama dengan stesen radio perniagaan Bahasa Inggeris No. 1 BFM 89.9, untuk menyiarkan satu siri pendidikan tentang peranan takaful yang membantu seseorang untuk merancang, membina, menyucikan, serta mengagihkan kekayaan.


Tiga siri slot pendidikan ini telah disiarkan di segmen Morning Run BFM dari bulan Oktober hingga Disember 2022 dan memaparkan pandangan yang diberikan oleh Jeffry Azmi Mohd Shah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Berhad.


Episod pertama yang disiarkan pada 27 Oktober, menekankan kepentingan perancangan harta pusaka Islam dan bagaimana takaful membantu seseorang memindahkan kekayaan mereka kepada orang-orang tersayang. Sementara itu, episod kedua, yang disiarkan pada 23 November, membincangkan bagaimana orang ramai boleh membina kekayaan yang menjangkaui generasi dengan takaful. Dalam episod terakhir, yang disiarkan pada 14 Disember pula, mereka membincangkan tentang cara merapatkan jurang persaraan dengan takaful.


Apabila lebih ramai orang memahami tentang manfaat perlindungan takaful, kami boleh membantu mereka mencapai keselamatan kewangan jangka panjang dan juga tuntutan agama mereka. Bagi yang beragama Islam, mereka juga diberikan lebih banyak pilihan untuk memenuhi kewajipan kewangan dan kerohanian.


Usah risau, jika anda terlepas podcast ini, anda boleh ikuti siarannya di sini:

Episod 1 – Rethinking Estate Planning with Takaful

Episod 2 – Build Generational Wealth with Takaful

Episod 3 – Closing Retirement Gaps with Takaful