Program ini akan berlangsung sehingga November 2024 dan bertujuan untuk mendidik lebih 1,000 murid berusia 9 hingga 11 tahun di 25 sekolah rendah di Lembah Klang.
Dilancarkan pada 24 September 2024 di SK Sri Damansara 1 oleh Ketua Pegawai Pemasaran kami, Tricia Loh, 40 murid telah berpeluang menyertai sesi permainan papan interaktif "InsureLit: Earn, Save, and Protect".
Sesi ini melibatkan permainan dan perbincangan yang dibimbing oleh sukarelawan Sun Life, bersama Wealth of Life Children sebagai jurulatih utama. Matlamatnya adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada asas kewangan yang kukuh, termasuk ilmu asas seperti cara memperoleh pendapatan, menyimpan dan melindungi wang berasaskan senario kehidupan sebenar.
Kami teruja untuk terus membantu memperkasakan minda anak-anak muda agar menjadi celik kewangan!