header

Sun Life Malaysia Ganding Bahu Dengan MARIGOLD untuk membantu belia mencapai impian

Peraduan Grow with Every Challenge, Win Your Dream (Melangkah Maju Dengan Setiap Cabaran, Menangi Impian Anda) yang dianjurkan oleh Susu UHT MARIGOLD dengan kerjasama Sun Life Malaysia, telah berakhir dengan 23 pemenang bertuah memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000 termasuk, hadiah wang tunai RM20,000 dan RM10,000 masing-masing untuk dua (2) pemenang utama dan wang tunai RM5,000 untuk enam (6) pemenang seterusnya, di samping tablet iPad Air bernilai RM2,899 setiap satu untuk lima belas (15) pemenang hadiah sagu hati.


Para pemenang utama menerima hadiah mereka daripada anggota pasukan pengurusan MARIGOLD, CEO Sun Life Malaysia, Raymond Lew, dan Timbalan CEO, Ho Teck Seng, di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Avante Hotel, Bandar Utama pada 5 Disember 2022.


Peraduan ini, yang diadakan dari 1 September hingga 30 Oktober tahun ini, mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai dengan sejumlah 15,000 penyertaan.


Sebagai jenama yang menggalakkan kehidupan yang lebih sihat, kerjasama dengan Susu UHT MARIGOLD sesungguhnya mendukung matlamat perniagaan Sun Life untuk membantu rakyat Malaysia mencapai perlindungan kewangan sepanjang hayat dan menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kami benar-benar percaya hadiah wang tunai yang disampaikan akan menjadi bekalan yang berguna untuk membantu golongan belia kita mencapai cita-cita mereka.