Sebagai rakan Takaful sepanjang hayat, Sun Life Malaysia Takaful (SLMT) komited untuk membantu Pelanggan beragama Islam kami menunaikan tanggungjawab kewangan dan tuntutan agama mereka menerusi pilihan penyelesaian berlandaskan shariah kami yang luas. Pelan takaful kami sentiasa berusaha menyediakan perlindungan kewangan patuh shariah kepada pelanggan di samping memberi mereka peluang menyumbang kepada masyarakat.
Baru-baru ini, kami telah mendapat pengiktirafan Yayasan Waqaf Malaysia sebagai sebuah rakan kerjasama penting yang menggalakkan sumbangan Waqaf menerusi Takaful.
Setakat ini, SLMT telah membantu menyalurkan sumbangan Waqaf berjumlah RM300,000 bagi pihak Pelanggan kepada Yayasan Waqaf Malaysia, yang seterusnya disalurkan kepada pelbagai program yang menyokong golongan yang memerlukan.
CEO SLMT, Jeffry Azmi Mohd Shah, hadir untuk menerima sijil penghargaan daripada Tetamu Kehormat, YB Senator Datuk Haji Idris, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di majlis pelancaran Dana Waqaf Bencana yang diadakan di Putrajaya, pada 6 Oktober 2022.