header

Sun Life Malaysia Menangi Anugerah Utama Bagi Inovasi Produk Takaful & Kecemerlangan Korporat

Tahun 2022 juga ternyata satu tahun yang hebat buat Sun Life Malaysia kerana kami mengakhiri tahun memenangi dua anugerah terkemuka industri bagi inovasi produk takaful dan juga kecemerlangan korporat.


Pertama sekali, kami memenangi anugerah Asia’s Most Influential Companies (Syarikat Paling Berpengaruh Asia) di Asia Corporate Excellence and Sustainability Awards 2022 (Anugerah Kelestarian dan Kecemerlangan Korporat (ACES) 2022). Anugerah ini juga membuktikan kesungguhan yang dikongsi oleh pasukan Sun Life Malaysia dalam usaha melaksanakan strategi berpandangan jauh untuk menggalakkan inovasi, kelestarian dan pengalaman luar biasa bagi pelanggan. Anugerah ini sekaligus menunjukkan keupayaan luar biasa dan daya tahan kami untuk menyesuaikan diri dalam suasana pasca pandemik.


Di samping itu, rider penyakit kritikal terbaharu Sun Life Malaysia, Prime Family Critical Care-i telah dipilih sebagai Most Innovative New Takaful Product (Produk Takaful Baharu Paling Inovatif) di International Finance Awards 2022 (Anugerah Kewangan Antarabangsa 2022).


Sebagai syarikat bankatakaful yang terkemuka di negara ini, Sun Life Malaysia Takaful telah mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran menerusi produk takaful patuh shariah yang dinamik dan inovatif, untuk memenuhi matlamat kewangan dan kerohanian Pelanggan. Anugerah ini mengiktiraf usaha berterusan kami untuk terus memperkenalkan penyelesaian takaful inovatif bagi memenuhi keperluan perlindungan takaful dan tuntutan agama penduduk Malaysia.


Terima kasih sekali lagi kepada Pelanggan, penasihat, kakitangan dan rakan perniagaan kami atas sokongan berterusan anda. Marilah kita berusaha gigih menempuh tahun 2023 dengan lebih berani untuk merangka masa depan yang lebih cerah bersama-sama!